*TIPS MEMBELI : SILA DAFTAR DISINI SECARA PERCUMA UNTUK MENDAPATKAN HARGA YANG LEBIH MURAH!*

Friday, December 31, 2010

Masalah Resdung? Atasi dengan Minyak Kelapa Dara Pure + Habbatus Sauda






Minyak Kelapa Dara + Habbatus -Harga RM40
(Please click label on your right side to buy this product.TQ) 
Resdung..!
Kecantikan ku terjejas kerananya, Syukur kini ada penawarnya
 ya Tuhan ku. Minyak Kelapa Dara Pure + Habbatus Sauda (Baru)...Bio-Asli
Penyakit resdung yang popular dikalangan masyarakat tempatan dikenali juga sebagai penyakitsinusitis dalam bidang perubatan. Diantara gejala-gejala yang kerap berlaku bagi pengidap resdung adalah batuk, gatal hidung,  kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung akan terasa berair dan tersumbat sedangkan badan akan terasa demam. Waktu pagi pengidap akan merasa sakit kepala dan akan merasa berat pada bahagian muka.


 Kadangkala  ia juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. Diantara punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil yang dipanggil sinus.Komplikasi yang mungkin timbul dari penyakit resdung adalah selesema biasa yang melarat, berdengkur yang kronik, keadaan lelah yang semakin buruk, jangkitan pada tulang muka, sakit tekak yang kronik, jangkitan otak, jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata, jangkitan pada telinga dan tonsil terutama kanak-kanak serta alahan hidung atau hidung sensitif.



Menurut Dr Amir Izwan Mohamed Dahan, Pakar telinga, hidung, dan tekak Hosital Pusrawi, Kuala Kumpur, sekiranya resdung dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Disamping pesakit resdung diurus secara yang baik, pengambilan Minyak Kelapa Dara samada Pure atau + Honey dalam pemakanan  akan dapat membantu daya tahan tubuh terhadap bakteria yang menyerang bahagian hidung dan rongga-rongga didalam tulang muka atau serangan virus yang berasal dari selesema biasa terhadap lapisan dalam hidung dan sinus.


Dari beberapa perakuan testemoni pengguna yang menggunakan /menyapukan  Minyak Kelapa Dara pada seluruh bahagian muka dan telinga, disamping mengamalkan meminumnya setiap hari, mendapati mereka tidak lagi mengalami sebarang tanda serangan berulang. Dan yang paling menggembirakan mereka ialah mereka tidak perlu lagi mengambil ubatan yang selama ini menjadi rutin bulanan mereka.

ALERGI – (Contoh Resdung dan Asthma)-Testimoni
Alergi ialah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sebarang  keadaan, daripada serangan bersin dan mata berair pada hari panas, sehinggalah kepada ruam merah yang gatal dan pernafasan yang berdehit selepas mengusap haiwan kesayangan atau bibir dan lidah yang bengkak serta muntah-muntah selepas memakan kacang tanah. Secara ringkas, alergi bermaksud “tindak balas berubah” , iaitu tindak balas mekanisma pertahanan badan terhadap bahan-bahan yang biasanya tidak berbahaya. Alergi yang paling kerap berlaku ialah :

        i.                   Rinitis alergi dan gatal mata (alergi konjuntivitis)
ii.                  Asthma
iii.                Ruam kulit  yang gatal
iv.                Alergi makanan
v.                  Alergi terhadap sengatan tebuan dan lebah.
vi.                Resdung

BAGAIMANA ALERGI BERLAKU.

Kejadian alergi bermula apabila sesaorang terdedah kepada sebarang alergen seperti hama rumah, haiwan peliharaan, debunga dan kulat yang mengakibatkan penghasilan antibodi alergi yang dipanggil imunoglobin E (IgE). Antibodi alergi imunoglobin (IgE) melekatkan dirinya kepadalymphocytes atau antigen yang dipanggil sel-masta.


Sel masta  mengandungi histamine (sejenis protein), chemoatractants dan bahan kimia lain yang dipanggil leukotrin yang mampu mengembangkan salur darah dan mencerut otot licin (smooth muscle) yang mengelilingi laluan udara paru-paru. Sel masta yang dilekati oleh antibodi alergi imunoglobin (IgE) sebenarnya boleh ditemui pada seluruh kulit dan lapisan hidung, mulut, lidah, laluan paru-paru dan usus kecil. Ia (sel masta) yang dilekati oleh antibodi alergi imunoglobin (IgE) tadi akan pecah lalu membebaskan histamine, leukotrin dan chemoatractants yang akhirnya akan menghasilkan tindak balas alergi.  


Sel masta juga akan menarik sel lain, terutamanya sel darah putih yang dipanggil eosinofil, menyebabkan radang dan kerusakan sel. Histamine dan leukotrin akan menyebabkan bersin dan rasa gatal serta bengkak pada kulit, dalam rongga paru-paru (laluan udara), dan dalam lapisan hidung. Ini menyebabkan benjolan gatal berwarna merah pada kulit, asma dan hidung tersumbat. Keadaan radang yang dirangsang oleh kehadiran eosinofilmeningkatkan kepekaan lapisan hidung dan paru-paru dan menghasilkan simptom yang kronik.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...