|
Apabila seseorang pernah mengalami kemalangan kereta yang parah atau terlalu parah sehingga perlu dihantarkan segera ke hospital dan perlu menjalani rawatan di bilik kecemasan, atau diserang panyakit yang mengancam nyawanya, atau mungkin sehubungan dengan umur diopnameuntuk menyembuhkan satu gangguan degeneratif.
Dalam situasi demikian hidup atau mati sangat bergantung pada rawatan yang diterima di hospital. Seringkali harus diinfus melalui urat nadi atau melalui tabung.
Di unit kecemasan mungkin ada pesakit lain, yang menderita komplikasi kerana penyakit-penyakit keturunan seperti cystic fibrosis atau epilepsy dan mungkin penyakit bayi premature yang memperjuangkan minggu-minggu kehidupan pertamanya.
Pada masing-masing kes ini sebenarnya para pesakit ini dapat menaruh kepercayaan untuk pulih dengan menggunakan minyak kelapa dara. Ya, dalam satu bentuk, minyak kelapa dara menjadi sebahagiaan pengubatnya.
Dengan mengabaikan kandungannya, penyembuhan memerlukan nutrisi yang baik. Para ahli makanan telah lama melihat manfaat nutrisi MCFA.
Minyak kelapa dara merupakan satu alternatif, yang digunakan di hospital sebagai campuran susu untuk memberi makan pada bayi, atau sebagai penyusuan cairan yang dimasukkan ke tubuh pesakit melalui infus atau melalui tabung yang dimasukkan melalui kerongkong.
Dalam keadaan kecemasan ketika cairan komersial tidak didapati, sebahagian doktor di daerah iklim tropika akan menggunakan santan kelapa. Seringkali dianggap sebagai “ santan “ air kelapa segar bebas dari bakteria dan mempunyai garam mineral, gula dan asam lemak rantai sedang (MCFA) yang mampu memberi pesakit zat yang tidak mampu mengambil atau mencerna makanan biasa.
Air kelapa dilapurkan telah menyelamatkan nyawa ratusan orang yang sakit parah dan orang yang terluka. Diantara manafaat paling besar adalah melawan dehidrasi dan electrolyte depletion untuk tentera-tentera yang terluka. Selama Perang Dunia II orang Jepun menggunakan air kelapa sebagai sosialusi keadaan darurat.
Perlindungan dari penyakit
Mungkin timbul persoalan megapa mereka menggunakannya? Ini kerana MCFA pada santan dengan mudah dicerna, diserap dan digunakan untuk memberi zat pada tubuh. Ini penting bagi para pesakit yang menggunakan setiap baki sumber kekuatan yang mereka miliki untuk megatasi sakit atau luka yang parah. Tidaklah mengejutkan mengapa MCFA ditambahkan pada formula bayi.
Sebenarnya dengan meminum air susu ibu atau diberi makan formula sebagai bayi adalah bererti mengkonsumsi MCFA. Ini kerana MCFA tidak hanya terdapat pada minyak kelapa namun juga merupakan komponen air susu ibu alami dan penting.
MCFA dianggap sebagai bahan zat esensial untuk bayi dan juga untuk orang yang diserang gangguan pencernaan yang teruk seperticystic fibrostic. Salah satu manfaat MCFA yang pertama kali dikenal secara ilmiah adalah sifat uniknya mudah dicerna dan digunakan oleh tubuh. Lemak ini memberikan manfaat nutrisi yang boleh memperbaiki kesejahteraan keseluruhan baik orang sakit mahupun orang sihat, muda atau tua.
Bahkan para atlit sekarang menggunakannya untuk meningkatkan penampilan dan mengendalikan berat badan. Sayangnya, saat ini sedikit makanan yang mengandung MCFA. Perlu diketahui bahawa sumber yang paling baik adalah kelapa. Dengan menambahkan minyak kelapa dara pada makanan sebenarnya merupakan satu cara untuk memperbaiki kesejahteraan.
No comments:
Post a Comment